Cari @ Amanz

FourSquare sebelum ini telah mengumumkan penjenamaan semula aplikasi mereka, dimana mereka hadir dengan aplikasi Swarm untuk tujuan daftar-masuk lokasi, sementara FourSquare yang kini hadir dengan logo baru memfokuskan kepada penemuan lokasi menarik dengan mudah menggunakannya.

Sebaik sahaja pengguna mengemaskini aplikasi FourSquare baru ke versi 8.0 ini, anda akan diminta untuk terlebih dahulu memasukkan makanan dan juga kegemaran anda. Seterusnya ia akan menarik beberapa data anda sedia ada, dan memperlihatkan lokasi-lokasi menarik berhampiran dengan anda.

FourSquare 8.0

Aplikasi FourSquare baru ini menyusun data lokasi menarik mengikut kategori seperti untuk sarapan pagi, makan tengah hari, tempat menarik untuk dikunjungi, lokasi untuk membeli-belah dan sebagainya.

Bagi anda yang sedia menggunakan aplikasi FourSquare, boleh mengemaskini aplikasi anda kepada versi baru ini, serta menggunakan fungsi yang dibawakan ini. Mungkin pengenalan fungsi baru ini agak janggal untuk permulaan ini, apatah lagi dengan FourSquare yang sedia terkenal dengan Mayor, dan Check-in. Dengan kemaskini ini juga, ia dilihat FourSquare kini berubah sebagai direktori lokasi lengkap anda, disamping memberikan cadangan untuk lokasi menarik untuk dikunjungi.

Bagi anda yang telah mencuba, jangan lupa berkongsi pendapat anda berkenaan dengan FourSquare 8.0 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd