TMgo – Perkhidmatan 4G Daripada Telekom Malaysia Bakal Dilancarkan Esok – 8 Ogos

TMgo – Perkhidmatan 4G Daripada Telekom Malaysia Bakal Dilancarkan Esok – 8 Ogos

Diterbitkan pada Ogos 7, 2014 oleh .

Pada bulan lepas, kami telah berkongsi maklumat awal berkaitan perkhidmatan 4G daripada Telekom Malaysia yang bakal hadir, dinamakan TMgo. Lanjutan daripadanya, kini kami telah menerima maklumat rasmi daripada pihak Telekom Malaysia, mengatakan ia bakal dilancarkan secara rasminya esok – 8 Ogos.

TM 4G LTE - TMgo

TMgo ini adalah merupakan perkhidmatan jalur-lebar 4G berasaskan LTE dan sebahagian daripada pembaharuan rangkaian CDMA daripada TM sebelum ini.

Pelancaran rasmi perkhidmatan ini bakal diadakan oleh pihak Telekom Malaysia di Alor Setar, Kedah. Daripada maklumat awal yang kami terima, pihak Telekom dilihat menyasarkan rangkaian 4G LTE ini untuk kawasan-kawasan pedalaman yang sukar untuk disokong dengan rangkaian UNiFi buat masa ini.

Mengikut maklumat tertiris sebelum ini, antara lokasi awal yang dijangka akan menerima perkhidmatan ini adalah di Pendang, Kedah dan juga Melaka Tengah, Melaka. TMgo dilihat bakal menawarkan rangkaian tanpa-wayar dengan akses internet berkelajuan tinggi – menawarkan muat-turun pada kelajuan sehingga 20Mbps.

TM 4G LTE - TMgo

Selain daripada tarikh pelancaran rasmi esok, pihak Telekom Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan maklumat yang tertiris melalui laman web mereka sebelum ini.

Apa pun, segalanya bakal terjawab esok, apabila pihak Telekom Malaysia melancarkan secara rasminya perkhidmatan TMgo mereka.

Jadi, sama-sama kita nantikan apakah yang akan ditawarkan oleh pihak TM melalui perkhidmatan 4G LTE mereka yang dinamakan TMgo ini.


TIPS & ULASAN