UberX Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Perkhidmatan Sewa Pemandu Pada Harga Rendah

UberX Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia – Perkhidmatan Sewa Pemandu Pada Harga Rendah

Diterbitkan pada Ogos 7, 2014 oleh .

Uber sebelum ini telah memperkenalkan perkhidmatan UberBlack di Malaysia – namun harga untuknya boleh dikatakan agak mahal dan mungkin tidak sesuai untuk semua pengguna. Kini, sebagai alternatif dan untuk bersaing dengan perkhidmatan teksi bajet, Uber turut memperkenalkan perkhidmatan UberX secara rasminya di Malaysia.

UberX KL

UberX hanya memfokuskan kepada beberapa lokasi utama sekitar Kuala Lumpur sahaja buat masa ini. Untuk UberX, pihak Uber menggunakan kereta Perodua Myvi, Nissan Almera, dan juga Toyota Vios.

Pihak Uber mengatakan perkhidmatan mereka murah 15% berbanding perkhidmatan teksi bajet lain, dan dilihat menawarkan kadar yang berpatutan kepada pengguna.

Dari segi caj, ia masih mengekalkan gabungan jarak dan masa, dimana pengguna dikenakan caj sebanyak RM0.55/km + RM0.20/min. Disamping itu, caj asas sebanyak RM1.50 turut dikenakan, dan caj minima untuk perkhidmatan UberX adalah RM2.50. Caj tetap sebanyak RM80 turut dikenakan untuk UberX dari KL ke KLIA.

UberX KL

Untuk membuat tempahan UberX, pengguna perlu menggunakan aplikasi sama Uber, dan memilih UberX pada pilihan kenderaan.

Muat-Turun Uber untuk Android

Muat-Turun Uber untuk iOS


TIPS & ULASAN