Selebriti? Kini Anda Boleh Memuat-Turun Aplikasi Facebook Mentions Di Malaysia

Selebriti? Kini Anda Boleh Memuat-Turun Aplikasi Facebook Mentions Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 7, 2014 oleh .

Facebook pada beberapa minggu yang lepas telah memperkenalkan aplikasi Facebook Mentions – memfokuskan kepada profil disahkan yang menggunakan Facebook Pages – terutamanya selebriti, ahli politik, ahli sukan, dan sebagainya. Ketika pelancarannya,ia hanya khusus untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja, dan hari ini ia berubah dengan pengenalan meluas, termasuk untuk Malaysia.

Facebook Mentions

Facebook Mentions dilihat ingin memudahkan artis, selebriti, tokoh, ahli politik dan sebagainya untuk berinteraksi dengan peminat dan pengikut mereka. Pada masa yang sama, mereka turut boleh melihat apakah yang disebut orang awam mengenai mereka, dan berinteraksi dengan pengguna umum dengan mudah.

Menggunakan Facebook Mentions juga, kemaskini semasa boleh dilakukan, disamping memulakan sesi soal-jawab dengan pengguna, serta melakukan pelbagai aktiviti interaktif lain.

Bagi anda yang mempunyai profil sedemikian (verified public figures Pages), anda boleh memuat-turun aplikasi Facebook Mentions ini dan menggunakannya dalam lebih mendekati peminat dan pengikut anda.

Muat-turun Facebook Mentions untuk iOS


TIPS & ULASAN