Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang sering dikritik mengenai platform Windows Phone adalah kekurangan aplikasi untuknya. Namun, hari demi hari, aplikasi yang diterbitkan pada platform tersebut bertambah, dan menurut Microsoft, kini terdapat lebih 300,000 aplikasi di Windows Phone Store.

Pada masa yang sama, pembangun aktif untuk platform tersebut juga dikatakan meningkat sebanyak 50% berbanding tahun lepas.

Windows Phone boleh dikatakan turut menerima perhatian daripada pelbagai pembangun terkemuka, dan kini menjadi platform ketiga sesuatu aplikasi diterbitkan. Beberapa pembangun turut menerbitkan versi Windows Phone selang satu dua minggu selepas pengenalan untuk Android dan iOS – sekaligus memperlihatkan fokus yang diberikan pembangun untuk platform tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd