Perkhidmatan Penstriman Muzik Guvera Kini Sedia Digunakan Pengguna Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 8, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di Malaysia, terdapat beberapa perkhidmatan muzik yang sedia digunakan, termasuk Spotify, Deezer, Rdio, Tonton Music dan sebagainya. Kini menyertai senarai tersebut adalah perkhidmatan baru dinamakan Guvera.

Guvera Malaysia

Guvera Malaysia

Guvera merupakan salah satu perkhidmatan muzik yang hadir dengan sokongan pengiklanan, dan ditawarkan melalui web, dan juga aplikasi mudah-alih. Pengguna boleh membuang iklan dengan membuat langganan untuk perkhidmatan tersebut.

Untuk kadar langganan, Guvera mengenakan caj sebanyak RM14.99 sebulan, dan pengguna boleh menikmati kelebihan mengakses muzik atas permintaan, selain melangkah memainkan sesuatu lagu dengan mudah. Harganya boleh dikatakan sedikit mahal jikalau dibandingkan dengan satu dua alternatif lain – terutamanya Spotify dan Deezer yang hadir dengan langganan khusus untuk pelanggan syarikat telekomunikasi.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, mungkin boleh melayari laman Guvera hari ini, dan mencuba perkhidmatan percumanya terlebih dahulu yang dinamakan Guvera Play.

Layari : Guvera

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami