Mencuba TMgo – Perkhidmatan 4G LTE Daripada Telekom Malaysia

Mencuba TMgo – Perkhidmatan 4G LTE Daripada Telekom Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 8, 2014 oleh .

Telekom Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan perkhidmatan jalur-lebar tanpa wayar mereka, yang mana dinamakan sebagai TMgo. Seperti dilaporkan sebelum ini, TMgo hanya menyasarkan kawasan-kawasan yang kurang mempunyai akses ke jalur-lebar berkelajuan tinggi, dan dimulakan pengenalan di Kedah.

TMgo

TMgo

TMgo

Ketika pelancarannya, kami telah berpeluang untuk menguji sendiri rangkaian 4G daripada TM ini, yang mana merupakan pembaharuan rangkaian CDMA milik TM sebelum ini.

Kelajuan

Pihak Telekom Malaysia menjanjikan kelajuan sehingga 20Mbps menggunakan perkhidmatan TMgo ini – sekaligus membolehkan pengguna dikawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi untuk menikmati akses internet lebih pantas.

Perkara ini mungkin penting untuk beberapa urusan, terutamanya sekiranya ingin membuat panggilan video resolusi tinggi ke luar negara, memuat-turun dengan lebih pantas, memuat-naik dengan lebih pantas, dan membuat beberapa perkara lain.

Daripada percubaan singkat kami kawasan berdekatan TM Alor Setar, Kedah, secara purata kelajuan muat-turun dilihat mencapai angka sehingga 10Mbps tanpa sebarang masalah. Namun, apabila menggunakan SpeedTest, dan menguji dengan pelayan di Kuala Lumpur (Maxis), kelajuan mencapai sehinggga 25Mbps tanpa masalah.

TMgo Download

Untuk muat-naik pula, melalui TMgo, fail bersaiz sekitar 380MB dilihat boleh dimuat-naik ke beberapa perkhidmatan web seperti YouTube dan Dropbox dalam masa antara 12 minit ke 15 minit. Kami tidak sempat mencubanya dengan perkhidmatan talian lain disebabkan oleh kekangan masa.

Pemasangan

TMgo DlinkUntuk menggunakan buat kali pertama, pemasangannya boleh dikatakan agak mudah. Pengguna hanya perlu menghubungkan modem USB ke komputer, dan memulakan pemasangan melalui My Computer (untuk Windows). Daripada percubaan kami, ia tidak hadir dengan sokongan autorun, dan pengguna diperlukan memulakannya secara manual.

Untuk modem MiFi, kami menyasarkan cara penggunaan yang lebih kurang sama, dimana pengguna boleh menghubungkan sehingga lima peranti ke rangkaian TMgo menggunakannya dengan mudah. Pihak Telekom Malaysia turut menyediakan panel kawalan berasaskan web, untuk memudahkan pengguna menambah-nilai dan melihat penggunaan mereka. Selain melalui web, pengguna turut boleh melihatnya melalui panel khusus pada perisian yang hadir bersama-sama modem TMgo ini.

Kesimpulan

Daripada percubaan ringkas kami, boleh dikatakan talian TMgo menawarkan kelajuan purata antara 7Mbps ke 20Mbps bergantung kepada kedudukan sesuatu pelayan. Memandangkan Telekom Malaysia memfokuskan kepada kawasan-kawasan underserved, maka ia mungkin mempunyai peminat dan penggunanya tersendiri – terutama untuk mereka yang memerlukan internet berkelajuan tinggi dibeberapa kawasan.

Pihak Telekom Malaysia mengatakan perkhidmatan TMgo ini akan diperkenalkan secara berperingkat ke kawasan-kawasan lain, serta menggantikan perkhidmatan CDMA sedia ada milik TM menggunakan spektrum 850MHz.

TMgo

TMgo

TMgo


TIPS & ULASAN