Kemaskini Lumia CYAN Sedia Dimuat-Turun Pengguna Lumia 1020 Di Malaysia

Kemaskini Lumia CYAN Sedia Dimuat-Turun Pengguna Lumia 1020 Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 8, 2014 oleh .

Microsoft hari ini telah mula memperkenalkan kemaskini Lumia CYAN kepada pengguna telefon pintar Lumia 1020, sekaligus membawakan pelbagai fungsi-fungsi baru melaluinya.

Nokia Lumia 1020

Kemaskini Lumia CYAN ini menyertakan Windows Phone 8.1, yang mana membawakan beberapa fungsi menarik, termasuk papan kekunci WordFlow, sokongan talam notifikasi melalui Action Center, lebih kawalan pada StartScreen, serta beberapa pembaharuan pada bahagian kamera.

Bagi pengguna peranti Lumia 1020, anda boleh mengemaskini peranti anda dengan ke halaman Settings dan memilih Phone Updates. Selain pengguna Lumia 1020, antara peranti lain yang telah menerima kemaskini sama sebelum ini adalah termasuk Lumia 625, Lumia 925, Lumia 1320 dan juga Lumia 1520.


TIPS & ULASAN