Cari @ Amanz

Samsung Gear Solo, ataupun jam tangan pintar daripada Samsung yang hadir dengan sokongan kad-SIM telah diperkatakan sejak beberapa bulan sebelum ini, dan kini ia dikatakan Samsung akan memperkenalkannya pada IFA 2014 yang dijadualkan pada bulan September ini.

Dengan penggunaan kad-SIM pada jam tangan pintar, ia sekaligus akan membolehkan jam tangan tersebut digunakan secara individu, dan turut digunakan untuk menjawab panggilan, SMS, dan sebagainya. Mungkin pengguna perlu menggunakan fon telinga berasaskan Bluetooth supaya tidak kelihatan janggal ketika menggunakannya.

Samsung sebelum ini telah memperkenalkan keluarga Gear mereka pada pengenalan Galaxy Note 3, dan kini selang setahun, mereka telah mempunyai sebanyak lima peranti dibawah keluarga Gear, iaitu Galaxy Gear, Gear 2, Gear 2 Neo, Gear Fit dan juga Gear Live.

Selain daripada Gear Solo ini, Samsung juga turut dikatakan bakal memperkenalkan Gear VR – kaca mata pintar dengan sokongan realiti-maya pada acara sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd