Sproutling : Peranti Boleh-Pakai Untuk Bayi

Sproutling : Peranti Boleh-Pakai Untuk Bayi

Diterbitkan pada Ogos 9, 2014 oleh .

Lima minggu yang lalu kami menjadi bapa buat pertama kali dalam hidup. Pengalaman menjaga bayi sejak sebulan yang lalu banyak mengajar kami erti kesabaran, ketakutan ibu bapa dan menginsafi segala kesalahan yang pernah kami lalukan kepada kedua orang tua kami. Perkara yang paling menakutkan kami ialah sindrom kematian bayi mengejut ataupun cot death dalam bahasa Inggeris. Setiap tahun ribuan bayi mati mengejut ketika tidur dan sehingga kini tiada sebab saintifik mengapa ianya boleh berlaku. Kami kerap bangun malam untuk memastikan puteri kami masih bernafas dan tidur di dalam posisi yang betul. Baru minggu lalu kami terfikir mengapa tiada aplikasi pintar yang boleh mengawasi pola tidur anak yang sedang tidur

sproutling-designboom021

Pagi ini kami terjumpa Sproutling. Ianya peranti boleh pakai yang direka khas untuk bayi dengan tujuan mengatasi masalah kematian bayi mengejut. Sproutling dipasang pada kaki bayi dan ianya mengesan kadar degupan jantung, posisi bayi tidur, suhu badan bayi, suhu bilik, kadar kelembapan udara dan  pengesan bunyi. Apabila ditambat kepada telefon pintar anda, segala pergerakan bayi anda boleh diawasi menggunakan aplikasi khas.

Ini kali pertama kami boleh kami katakan kami teruja dengan sebuah peranti boleh-pakai. Kami yakin ibu bapa di luar sana juga pastinya teruja juga seperti kami.

 


TIPS & ULASAN