Cari @ Amanz

Pada tahun 1994, boleh dikatakan hanya terdapat beberapa laman web sahaja, berbanding jutaan laman web pada hari ini. Salah satu laman web yang dimulakan pada tahun 1994 adalah laman Microsoft.com.

Laman rasmi Microsoft dimulakan untuk berkongsi beberapa info rasmi untuk para pelanggan mereka. Boleh dikatakan ketika itu dunia pembangunan web masih awal, dan HTML merupakan salah satu perkara yang tidak ramai yang ketahui mengenainya.

Microsoft 1994

Kini, sudah lebih kurang 20 tahun sejak ia diperkenalkan, dan Microsoft telah mengubah laman rasmi mereka hampir 17 kali sejak daripadanya.

Bagi anda yang ingin melihat kembali laman Microsoft.com pada tahun 1994, pihak Microsoft menyediakan sebuah pautan khas, dimana anda boleh mengaksesnya dan melihat bagaimana laman web gergasi perkomputeran kelihatan ketika itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd