Cari @ Amanz

Terdapat beberapa pemalam untuk Chrome dan Firefox yang mengubah paparan antaramuka Wikipedia kepada bentuk yang lebih mudah dibaca dan diakses. Terkini, dengan konsep yang sama, hadir sebuah pemalam yang dinamakan sebagai WikiWand.

WikiWand

WikiWand dilihat menarik pelbagai data daripada Wikipedia, dan memaparkannya dalam bentuk berbeza. Ia mengubah pelbagai perkara, termasuk beberapa susunan, bentuk jenis tulisan, dan pralihat sesuatu perkara dengan hanya hover ke atasnya. Pada bahagian tepi kiri pula, ia memaparkan senarai kandungan untuk sesuatu topik, sekaligus memudahkan navigasi untuknya.

Untuk berfungsi, sebaik sahaja memasangnya, pengguna akan dibawa secara automatik ke halaman WikiWand apabila mengakses laman Wikipedia, dan memaparkan kandungan daripada Wikipedia padanya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun pemalam Wikiwand ini, dan mencubanya sendiri pada pelayar web anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd