Cari @ Amanz

Sony sebelum ini telah mengumumkan kemaskini Android 4.4 KitKat untuk beberapa peranti keluaran mereka, dan kini mereka turut mengumumkannya untuk dua lagi peranti berspesifikasi pertengahan daripada mereka, iaitu Xperia E1 dan juga Xperia E1 Dual.

Sony Xperia E1

Melalui kemaskini ini, ia menawarkan sistem operasi Android terkini, disamping menyertakan beberapa pembaharuan termasuk dari segi pengoptimasian antaramuka, dan prestasi telefon. Sony juga turut menyertakan sokongan storan yang lebih baik – dimana pengguna boleh memindahkan aplikasi ke kad SD dengan mudah. Disamping itu, pelbagai aplikasi Sony dikemaskini, selain turut menyertakan sokongan Xperia Themes untuknya.

Kemaskini ini bakal diperkenalkan secara berperingkat mengikut negara tidak lama lagi.

Pada masa yang sama, pihak Sony turut mengumumkan yang mana mereka akan berkongsi lanjut mengenai perkembangan untuk Xperia M2 dan juga Xperia M2 Dual tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd