MyEmail Dalam Mod Penyelenggaraan – Adakah Ini Penghujungnya?

MyEmail Dalam Mod Penyelenggaraan – Adakah Ini Penghujungnya?

Diterbitkan pada Ogos 11, 2014 oleh .

MyEmail merupakan salah satu perkhidmatan emel yang telah menerima pelbagai kritikan ketika ia dimulakan pada tahun 2011 yang lepas. Ia telah beroperasi menawarkan perkhidmatan emel yang perlu didaftarkan menggunakan sokongan biometrik, disamping menawarkan beberapa perkhidmatan tambahan seperti kandungan melalui blog, Marketplace dan sebagainya.

MyEmail

Ia kelihatan akhir-akhir ini perkhidmatan tersebut tidak beroperasi, dan sekadar memaparkan mesej dalam mod penyelenggaraan sahaja buat masa ini. Selain laman utama, halaman Marketplace dan blog mereka juga tidak boleh diakses.

Tiada sebarang notis dilihat telah dikeluarkan mereka sama ada melalui akaun Twitter ataupun Facebook.

Ia tidak diketahui apakah sebab disebaliknya buat masa ini. Memandangkan ianya merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web, masa penyelanggaraan yang lama boleh dikatakan tidak begitu menguntungkan pengguna, apatah lagi bagi mereka yang ingin mengakses emel mereka melalui perkhidmatan tersebut.

Mungkinkah masa penyelenggaraan yang lama ini akan memberikan impak kepada kepercayaan pengguna dalam menggunakan perkhidmatan tersebut selepas ini?


TIPS & ULASAN