Cari @ Amanz

Motorola Moto E dijadualkan untuk pelancaran rasmi pada 13 Ogos ini, dan nampaknya, sebagai persiapan untuk pelancarannya, pihak Lazada telah menerbitkan halaman khusus untuk peranti berkenaan di web mereka.

Motorola Moto E

Motorola Moto E merupakan telefon pintar berspesifikasi rendah daripada Motorola, dimana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 200, skrin bersaiz 4.3-inci, dan dilengkapi dengan sokongan dwi-SIM. Peranti ini menggunakan Android versi terkini, dan tidak membawakan penambahan pada antaramukanya.

Namun, daripada penggunaan awal kami, bahagian kameranya kurang menarik, dimana ia tidak menyertakan sokongan auto-fokus dan juga LED Flash pada kamera belakangnya.

Motorola Moto E dilihat membawakan tanda harga RM369 untuk pasaran tempatan, dan bakal dijual bermula 13 Ogos ini.

Motorola Moto E

Motorola Moto E

Motorola Moto E

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd