Cari @ Amanz

UncloudedDua perkhidmatan storan awan yang popular adalah Dropbox dan juga Google Drive, dan boleh dikatakan ramai yang menggunakannya. Seperti biasa, menggunakan perkhidmatan tersebut, pengguna boleh memuat-naik pelbagai jenis fail untuk disimpan sebagai salinan pendua ataupun untuk dikongsi bersama-sama rakan anda yang lain.

Kini, sebagai pelengkap untuknya, salah satu aplikasi baru yang hadir adalah Unclouded. Unclouded merupakan aplikasi khusus untuk Android, dimana ia memerlukan anda menghubungkan akaun Dropbox dan Google Drive terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.

Selesai sahaja menghubungkannya, ia akan mengambil masa beberapa minit untuk sync akan data dan senarai fail di storan awan kepada peranti anda. Sebaik sahaja selesai, anda boleh melihat jenis fail (video, gambar, dokumen, dan sebagainya) yang manakah yang memenuhi storan anda, dan menguruskannya dengan lebih efektif.

Unclouded Android

Unclouded Android

Unclouded Android

Bagi kami, salah satu fungsi menarik pada aplikasi ini adalah kemudahan untuk melihat fail yang dimuat-naik lebih daripada sekali ataupun ter-duplicate pada storan awan sekaligus memakan ruangan tambahan.

Pengguna turut boleh membuat carian fail dan dokumen pada storan awan, serta mengaksesnya menggunakan perkhidmatan ini. Beberapa fungsi tambahan seperti kebolehan memadam dan sebagainya turut boleh didapati pada aplikasi ini – tetapi pengguna perlu membuat pembelian dalam-aplikasi untuk fungsi tersebut.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Unclouded ini secara percuma dari Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd