Cari @ Amanz

Bagi anda yang menantikan telefon pintar Windows Phone pada harga rendah, mungkin Lumia 530 merupakan salah satu peranti yang dinantikan anda. Hari ini, pihak Microsoft secara rasminya telah melancarkan peranti berkenaan untuk pasaran tempatan, dimana ia akan dijual pada harga RM355 bermula penghujung minggu ini – 16 Ogos.

Nokia Lumia 530

Lumia 530 telah diperkenalkan pada penghujung Julai yang lepas, dan boleh dikatakan ia memasuki pasaran tempatan dengan pantas. Lumia 530 hadir dengan skrin bersaiz 4-inci, dilengkapi Windows Phone 8.1, menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.2Ghz, serta dilengkapi dengan kamera belakang 5-megapixel. Telefon ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya.

Salah satu kekurangan yang boleh dikatakan adalah ketiadaan LED Flash pada kamera belakang peranti ini, yang mana mungkin menyukarkan pengguna merakamkan gambar pada keadaan gelap dan ketika waktu malam.

Pada harga jualan yang lebih kurang sama, antara peranti lain yang turut ditawarkan di Malaysia adalah Asus Zenfone 4 (bersaiz 4.5-inci) dan juga Moto E. Apa pun, untuk platform Windows Phone, boleh dikatakan kemaskini keluarga Lumia 520 merupakan antara peranti yang berharga rendah daripada Microsoft.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd