Apple Dilaporkan Telah Memulakan Pengeluaran iPad Baru 9.7-inci Dengan Penyalut Skrin Anti-Pantulan

Apple Dilaporkan Telah Memulakan Pengeluaran iPad Baru 9.7-inci Dengan Penyalut Skrin Anti-Pantulan

Diterbitkan pada Ogos 12, 2014 oleh .

Selain daripada iPhone 6b yang dinantikan ramai, satu lagi produk baru daripada Apple yang turut dinantikan untuk tahun ini adalah iPad generasi baru. Seperti biasa, Apple dijangka akan memperkenalkan dua variasi iPad, iaitu yang bersaiz 9.7-inci dan juga iPad Mini bersaiz 7.9-inci.

Menurut laporan pihak Bloomberg, pihak Apple dikatakan telah pun memulakan pengeluaran iPad bersaiz 9.7-inci. Untuk memudahkan penggunaan tablet berkenaan dibawah cahaya terang, Apple dikatakan melengkapkannya dengan penyalut skrin tak memantul, sekaligus memudahkan pembacaan dalam pelbagai keadaan cahaya.

iPad generasi baru ini juga dijangka akan turut menggunakan sistem operasi mudah-alih terbaru daripada Apple, iaitu iOS 8.

Selain daripada iPad bersaiz biasa, pihak Apple juga turut dilaporkan sedang dalam persiapan untuk membuat pengeluaran iPad Mini bersaiz 7.9-inci dan dijangka akan dipasarkan pada penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN