Cari @ Amanz

NVIDIA pada awal tahun ini telah mengumumkan yang mana akan hadir dengan cip 64-bit dibawah nama kod Project Denver. Kini, dengan pihak Google secara rasminya telah mengumumkan sokongan untuk cip 64-bit, pihak NVIDIA turut mengambil peluang untuk memperkenalkan cip mereka secara rasminya.

NVIDIA Project Denver

Project Denver merupakan cip pemprosesan NVIDIA yang direkabentuk khusus, dan merupakan cip pertama daripada mereka untuk Android yang berasaskan 64-bit ARM. Ia dikatakan membawakan sokongan kelajuan sehingga 2.5GHz, sekaligus menawarkan pemprosesan yang pantas dan serta penggunaan tenaga yang lebih efisyen.

NVIDIA turut menekankan yang mana cip 64-bit Tegra K1 mereka ini boleh menawarkan pemprosesan sama seperti PC – sekaligus membuka peluang yang lebih baik kepada dunia permainan, serta pelbagai jenis aplikasi lain.

NVIDIA turut berkongsi mengatakan yang mana mereka juga telah mula membangunkan Android “L” untuk digunakan pada 64-bit Tegra K1, sekaligus memperlihatkan yang mana berkemungkinan terdapat peranti yang akan diperkenalkan ketika pelancaran Android “L” kelak yang menggunakan cip pemprosesan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd