Cari @ Amanz

Steam sedia terkenal dikalangan ramai pengguna dalam penawaran permainan video melaluinya, yang mana memudahkan pengguna memuat-turun dan mendapatkan permainan melaluinya. Kini, ia dilihat yang mana pihak Valve mungkin memperluaskan penawaran mereka kepada kandungan lain berbentuk video – termasuk filem dan siri televisyen.

Steam Machines

Perkara ini didapati melalui kemaskini perisian yang diperkenalkan hari ini untuk versi Steam Beta, yang mana dilihat menyertakan beberapa ID aplikasi baur, termasuk untuk filem, siri-TV, video, pemalam dan juga muzik.

Steam pada hari ini telah sedia menawarkan beberapa kandungan sepertinya, termasuk salah satu filem dokumentari popular – Indie Game The Movie melalui klien mereka. Apa pun, penambahan ID baru ini sekaligus memperlihatkan yang mana mungkin mereka bergerak selangkah kehadapan dalam bersaing dengan penyedia lain – termasuk Google Play dan juga Apple iTunes.

Apa pun, sekali lagi, ia juga berkemungkinan sekadar ujian awal sahaja, dan mungkin mengambil masa yang lama sebelum ia diperkenalkan secara rasminya – jika pihak Valve benar-benar ingin memperkenalkan sokongan tersebut pada Steam.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd