Typic+ – Membolehkan Anda Menyunting Imej Dan Menambah Teks Dengan Mudah Pada BlackBerry

Typic+ – Membolehkan Anda Menyunting Imej Dan Menambah Teks Dengan Mudah Pada BlackBerry

Diterbitkan pada Ogos 12, 2014 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan sokongan penyuntingan gambar pada peranti mudah-alih, dan salah satunya adalah Typic+. Aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna iPhone dan juga BlackBerry.

Typic+ membawakan antaramuka yang amat mudah untuk difahami. Setelah memasang dan memulakannya, ia akan memaparkan gambar kamera, dimana pengguna boleh tap padanya dan memilih gambar daripada galeri ataupun merakamkannya menggunakan kamera.

Typic BlackBerry

Typic BlackBerry

Sebaik sahaja selesai merakamkan gambar atau memilih dari galeri, seterusnya pengguna boleh menambah efek atau kesan penuras ke atas gambar, dan seterusnya menambah sebarang perkataan ke atas gambar tersebut. Sebanyak lebih 35 jenis tulisan berbeza disediakan (dan turut boleh ditambah melalui pembelian dalam aplikasi). Setelah selesai segalanya, pengguna boleh membuat pemilihan untuk menyimpan gambar pada peranti ataupun berkongsi gambar melalui laman sosial.

Daripada percubaan kami, boleh dikatakan Typic+ menawarkan antaramuka yang amat kemas, dan tidak diganggu dengan iklan – berbeza dengan kebanyakkan aplikasi lain. Disamping itu,memandangkan ia ditawarkan secara percuma, maka ia merupakan salah satu aplikasi menarik untuk dicuba.

Bagi pengguna BlackBerry, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dari BlackBerry World hari ini. Selain BlackBerry, aplikasi ini turut ditawarkan untuk iPhone.

Muat-Turun Typic+ untuk BlackBerry

Muat-Turun Typic+ untuk iPhone


TIPS & ULASAN