Bulan September bakal menyaksikan beberapa acara pelancaran diadakan – terutamanya di IFA 2014 Berlin. Pihak Samsung, dan Sony sedia menjadualkan acara pelancaran mereka untuk peranti utama mereka, dan kini pihak Huawei turut tidak ingin ketinggalan.
Daripada jemputan yang telah mula dihantar mereka ke media antarabangsa, Huawei dilihat menjadualkan sebuah acara pelancaran pada 4 September kelak, dimana mereka dijangka akan memperkenalkan sebuah peranti baru.
Apakah peranti yang akan diumumkan masih menjadi tanda tanya. Secara kasarnya, melalui gambar teaser mereka, ia dilihat akan berkait rapat dengan angka 7 – tidak diketahui sama ada pada saiz skrin ataupun pada angka versi peranti.
Jadi, bagi pada peminat peranti Huawei, sama-sama kita nantikan tarikh 4 September untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan apakah yang akan diumumkan oleh gergasi peranti mudah-alih dari China tersebut.