Boleh dikatakan pada hari ini, kita membawa telefon pintar ke mana-mana jua. Perkara ini sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu tempat baik untuk merekod pelbagai perkara, termasuk perbelanjaan harian anda.
Terdapat beberapa aplikasi menarik di pasaran pada hari ini yang memudahkan para pengguna mencatatkan perbelanjaan harian mereka, sekaligus memudahkan mereka memantau kewangan dan mengetahui pola perbelanjaan supaya mereka boleh lebih berjimat pada bulan-bulan akan datang.
Jadi, sekiranya anda merupakan pengguna Android, terdapat sejumlah aplikasi yang menawarkan sokongan untuk mencatatkan perbelanjaan, dan berikut merupakan antara aplikasi menarik yang diminati kami.
Toshl Finance
Boleh dikatakan Toshl merupakan salah satu aplikasi memfokuskan kewangan dan perbelanjaan yang popular. Ini kerana ia terdapat dipelbagai platform utama, termasuk di Android.
Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh mencatatkan pelbagai perbelanjaan harian mereka, sekaligus melihat baki wang mereka untuk sesuatu bulan.
- Muat-Turun Toshl untuk Android
Expense Manager
Expense Manager merupakan salah satu aplikasi yang sedang digunakan oleh saya buat masa ini. Ia membawakan antaramuka yang kemas, disamping tidak diganggu oleh sebarang iklan.
Pengguna boleh menetapkan had perbelanjaan bulanan, dan mencatatkan pelbagai perbelanjaan mereka menggunakannya. Ia turut dilengkapi dengan notifikasi harian, membolehkan anda mencatatkan perbelanjaan anda tanpa terlupa menggunakannya.
- Muat-Turun Expense Manager untuk Android
Financius
Satu lagi aplikasi pengurusan perbelanjaan dengan antaramuka yang ringkas dan kemas. Menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh mencatatkan perbelanjaan, selain mana turut membuat salinan pendua data perbelanjaan mereka terus ke Google Drive.
- Muat-Turun Financius untuk Android
Spendee
Spendee menawarkan kemudahan untuk pengguna mencatatkan sesuatu perbelanjaan dengan pantas, selain mana turut memperlihatkan graf dan infografik yang amat cantik untuk pengguna memantau perbelanjaan bulanan mereka.
- Muat-Turun Spendee untuk Android
Budget
Budget
Satu lagi aplikasi dengan antaramuka Holo yang selari dengan Android. Menggunakan aplikasi pengurusan kewangan ini, ia memberikan kemudahan untuk pengguna menetapkan perbelanjaan berulang – sekaligus memudahkan input pada masa akan datang.
- Muat-Turun Budget untuk Android
Kebanyakkan daripada aplikasi pengurusan kewangan ini turut hadir dengan sokongan input dalam bentuk CSV untuk memudahkan anda memindahkan data ke perisian lain, ataupun menyimpannya untuk rekod anda di komputer dan sebagainya.
Apa pun, salah satu cabaran utama dalam menggunakan aplikasi ini adalah dimana pengguna sering kali terlupa untuk mencatatkan perbelanjaan mereka – sekaligus menjadikan angka perbelanjaan tidak begitu tepat apabila dihitung.
Bagi anda yang ingin menguruskan perbelanjaan dengan lebih efektif mungkin boleh mencubanya, dan jangan lupa berkongsi dengan kami sekiranya terdapat sebarang aplikasi pengurusan kewangan lain yang menarik untuk Android.