Sony Mengumumkan PlayStation 4 Telah Terjual Lebih 10 Juta Unit

Sony Mengumumkan PlayStation 4 Telah Terjual Lebih 10 Juta Unit

Diterbitkan pada Ogos 13, 2014 oleh .

Sony telah melancarkan dan mula menjual PlayStation 4 sejak daripada tahun lepas. Kini, hari ini pada Gamescom, pihak Sony mengumumkan yang mana mereka telah menjual lebih daripada 10 juta unit konsol PlayStation 4 di seluruh dunia.

PlayStation 4 10 Juta

PlayStation 4 boleh dikatakan hadir dengan beberapa pembaharuan baru untuk konsol mereka, dimana menawarkan paparan grafik yang lebih cantik berbanding sebelumnya, disamping menawarkan kawalan yang lebih baik melalui DualShock baru.

Selain PlayStation 4 berwarna hitam, pihak Sony juga baru-baru ini telah memperkenalkan PlayStation 4 berwarna putih, dan ia akan mula dijual di Malaysia pada bulan September ini.


TIPS & ULASAN