Gambar Samsung Gear VR Tertiris – Bakal Dilancarkan Pada 3 September Bersama-sama Galaxy Note 4

Gambar Samsung Gear VR Tertiris – Bakal Dilancarkan Pada 3 September Bersama-sama Galaxy Note 4

Diterbitkan pada Ogos 13, 2014 oleh .

Beberapa info awal berkenaan dengan Samsung Gear VR – peranti berupa set kepala dengan sokongan realiti-maya sedia tertiris sebelum ini. Hari ini, pihak The Verge memperlihatkan salah satu gambar akhir produk berkenaan yang bakal dilancarkan Samsung pada awal September ini.

Samsung Gear VR

Seperti dilaporkan sebelum ini, Samsung Gear VR merupakan salah satu peranti yang bergantung kepada skrin telefon untuk digunakan – sekaligus akan membolehkan pihak Samsung menawarkan ia pada harga yang lebih rendah. Secara kasarnya, ia seperti Google Cardboard yang pernah ditawarkan oleh Google kepada para hadirin Google I/O 2014 lepas.

Ia turut dijangka akan dilengkapi dengan sebuah touchpad untuk memudahkan kawalan. Pihak Samsung turut menyediakan sebuah aplikasi khusus untuk Gear VR ini untuk pengguna mengawal dan menggunakan peranti tersebut.

Maklumat lanjut mengenai peranti ini dijangka akan diumumkan oleh Samsung pada awal September ini – pada acara yang sama dengan pengenalan Galaxy Note kelak.


TIPS & ULASAN