Piawaian USB Type-C Dengan Penyambung Yang Boleh Diterbalikkan Ditetapkan

Piawaian USB Type-C Dengan Penyambung Yang Boleh Diterbalikkan Ditetapkan

Diterbitkan pada Ogos 13, 2014 oleh .

Piawaian untuk USB Type-C telah dibangunkan sejak daripada tahun lepas, dan akhirnya kini ia telah selesai dibangunkan dan mungkin kita akan melihatnya pada peranti serta sokongan kabelnya mungkin kita akan dapat melihatnya dalam beberapa bulan lagi.

USB Type-C

Penyambung USB Type-C telah menjadi fokus ramai sejak daripada tahun lepas, memandangkan ia akan membawakan perubahan besar ke dunia penggunaan kabel dan penyambung jenis USB – memandangkan ia membawakan penyambung yang boleh diterbalikkan dan digunakan pada kedua-dua arah berbeza. Pada hari ini, salah satu masalah yang sering dihadapi adalah ketika pengguna ingin menyambungkan USB mereka memandangkan perlu menggunakan arah penyambungan yang betul – dan perkara ini dijangka akan diatasi melaluinya, dimana pengguna hanya perlu menyambungkannya sahaja tanpa melihat bahagian penyambung.

USB Type-C

Penyambung USB Type-C ini membawakan sokongan 18-pin, dimana merupakan gabungan dua jenis penyambung USB 3.1. Melaluinya ia menawarkan sokongan pemindahan data sehingga 10Gbps melaluinya.

Penggunaan penyambung ini juga akan membawakan sokongan USB Power Delivery – sekaligus membolehkan tenaga sehingga 100 watts dipindahkan melalui USB. Perkara ini sekaligus membolehkan kabel USB Type-C digunakan untuk pengecasan pelbagai peranti lain – termasuk komputer riba dan sebagainya.

Apa pun, pengenalan penyambung baru ini akan membuatkan pengguna memerlukan jenis kabel baru untuk menggunakan peranti-peranti yang menggunakannya. Perkara ini mungkin akan menjadi kekangan pada peringkat awal, tetapi mungkin akan berubah selepas beberapa tahun.

Jadi, sama-sama kita nantikan apakah peranti baru yang menggunakannya yang bakal hadir ke pasaran tidak lama, dan siapakah pengeluar baru yang akan mengimplementasikan piawaian baru ini.


TIPS & ULASAN