Ghost 0.5 Diperkenalkan – Hadir Dengan Sokongan Multi-User Dan Pelbagai Fungsi Baru

Ghost 0.5 Diperkenalkan – Hadir Dengan Sokongan Multi-User Dan Pelbagai Fungsi Baru

Diterbitkan pada Ogos 13, 2014 oleh .

Ghost merupakan salah satu CMS untuk pembangunan blog dan web. Terkini, mereka hadir dengan versi terbaru iaitu Ghost 0.5, dan menurut pasukan pembangunnya versi Ghost 0.5 ini merupakan versi yang paling banyak menerima fungsi dan pembaharuan sehingga ia diperkenalkan.

Ghost Multi-User

Antara fungsi baru yang disertakan bersama-sama dengan Ghost 0.5 ialah sokongan Multi-User. Pemilik blog kini boleh menjemput pengguna lain untuk menjadi penulis bersama atau penulis jemputan. Pengguna juga boleh ditetapkan sama ada untuk dijadikan sebagai Editor, Author, ataupun Administrator. Selain itu juga, Ghost 0.5 memperkenalkan Public JSON API, membolehkan sebarang aplikasi dibina di atas Ghost. Menurut pembangunnya lagi, pada masa akan datang Ghost turut akan menyertakan sokongan untuk pengesahan pengguna dengan menggunakan fungsi OAuth.

Ghost 0.5 juga telah melalui beberapa siri pembaharuan pada kod terasnya, dimana kini ia menggunakan Ember.js untuk menguasakan panel pentadbir Ghost, membolehkan sebarang aktiviti pada admin dashboard berlaku dan dipantau dalam bentuk masa-nyata.

Bagi anda yang berminat, anda boleh membaca pengumuman yang dibuat pada laman blog Ghost dan mengetahui pelbagai pembaharuan yang dibawa. Jika anda turut berminat untuk mengikut proses pembangunannya anda boleh melihat pada laman Trello Ghost dan turut boleh mencuba Ghost pada pelayan anda sendiri hari ini.


TIPS & ULASAN