Carian
Projek Polimer Berasaskan Jut Memenangi Google Science Fair 2014 Peringkat Malaysia.
August 13, 2014 Ikhwan Nazri

Google Science Fair merupakan acara tahunan yang diadakan Google dalam mencari idea-idea berkenaan Sains & Teknologi dari seluruh dunia. Tahun lalu, seorang pelajar dari Pulau Pinang, Malaysia turut disenarai pendek sebagai antara pelajar yang mempunyai idea terbaik. Tahun ini, Google Malaysia mengadakan pertandingan ini di tahap kebangsaan dan 2 pelajar dari MRSM Kota Putra Terengganu memenagi anugerah ini.

Home - Google Science Fair 20141

Luftir Rahman Mohd Izani & Faiq Rahim, pelajar berumur 16 tahun memenangi anugerah tempatan Google Science Fair. Mereka hadir dengan projek yang mencadangkan penggunaan komposit polimer berasaskan Jut bagi menggantikan penutup lubang jalan yang menggunakan bahan besi.

IMG_6930

Kombinasi komposit polimer dengan serat jut ini juga boleh digunakan untuk objek lain yang menggunakan besi seperti rangka katil, rangka payung dan kelebihan ciptaan ini ialah ianya tidak berkarat kerana menggunakan bahan semulajadi. Ia juga secara tidak langsung tidak mencemarkan alam sekitar. Menurut mereka, kos polimer dengan serat jut ini adalah 75% murah berbanding besi.

Pemenang memperoleh trofi dari Google dan membawa pulang hadiah bernilai USD 1,000. Google Malaysia juga turut menyatakan kesediaan untuk menganjurkan acara ini pada masa akan datang.

Komen