5 Perbezaan Antara HTC One E8 Dan HTC One M8
HTC

5 Perbezaan Antara HTC One E8 Dan HTC One M8

Diterbitkan pada Ogos 13, 2014 oleh .

Hari ini, pihak HTC Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan HTC One E8 untuk pasaran Malaysia, sekaligus mula menjualnya pada harga RM1699. Bagi kebanyakkan pengguna, mungkin timbul rasa tanya, apakah beza antara kedua-dua peranti ini yang membawa kepada perbezaan harga – walaupun dari segi spesifikasi ia membawakan spesifikasi lebih kurang sama.

Jadi, berikut merupakan antara perbezaan ketara yang kami lihat antara kedua-dua peranti daripada HTC ini:

Binaan

Salah satu perkara yang ketara adalah binaan kedua-dua peranti ini. HTC One M8 seperti semua sedia maklum, hadir dengan bahan binaan berasaskan logam – sekaligus menjadikannya salah satu peranti berbentuk premium di pasaran hari ini.

HTC One M8 Dan E8

Sementara HTC One E8 pula hadir dengan bahan binaan berasaskan polikarbonat – lebih kurang menyerupai pada peranti HTC Butterfly – tetapi pada masa yang sama mengekalkan rekaan popular keluarga HTC dan binaan yang kukuh berbanding kebanyakkan peranti lain dengan bahan binaan sama.

Kamera Belakang Dan LED Flash

Untuk kamera HTC One M8, ia menggunakan teknologi Ultrapixel dalam menawarkan rakaman gambar yang lebih berkualiti. Sementara pada HTC One E8 pula, ia dilengkapi dengan kamera dengan sensor 13-megapixel, menawarkan mod rakaman yang lebih kurang sama dengan kebanyakkan peranti lain.

HTC One M8 Dan E8

Pada masa yang sama, HTC One M8 menyertakan dwi-LED pada bahagian belakang untuk rakaman yang lebih jelas pada keadaan malap atau gelap, sementara pada HTC One E8 pula, LED Flash diposisikan pada bahagian atas kamera dan hanya satu LED sahaja disertakan.

Kedudukan Butang Kuasa

Butang kuasa pada peranti HTC One boleh dikatakan tidak konsisten sejak daripada One M7. Pada HTC One M8, ia diletakkan pada bahagian kanan, sementara pada HTC One E8 pula ia diletakkan pada bahagian tengah.

HTC One M8 Dan E8

Kedudukan butang lain adalah sama, termasuk dari segi port pengecasan dan juga audio yang diletakkan pada bahagian bawah.

Kamera Hadapan

HTC One M8 Dan E8

Kamera hadapan pada HTC One M8 adalah jenis wide-angle, membolehkan anda merakamkan gambar latar yang lebih luas sekiranya membuat panggilan video ataupun merakamkan gambar selfie. Untuk HTC One E8 pula, ia hanya membawakan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan.

IR Blaster

HTC One M8 Dan E8

HTC One M8 menyertakan sokongan IR Blaster untuk membolehkan anda mengawal televisyen dan sebagainya menggunakan sokongan infrared. Perkara ini diintegrasikan pada butang kuasa HTC One M8. Apa pun, sokongan sama tidak terdapat pada HTC One E8.


Selain daripada lima perkara ini, boleh dikatakan kebanyakkan perkara lain adalah sama pada kedua-dua peranti ini, termasuk dari segi perisian. Apa pun, dari segi kemaskini, mungkin kita boleh liha HTC One M8 menerima sebarang kemaskini terlebih dahulu sebelum HTC One E8.


TIPS & ULASAN