Carian
AirAsia Memulakan Ujian Penggunaan WiFi Dalam Penerbangan
August 13, 2014 Aman

Ketika penerbangan, mungkin ada yang bosan, dan inginkan akses ke internet. Perkara ini telah mula diimplementasikan didalam beberapa penerbangan, dan hari ini ia dilihat pihak AirAsia turut telah memulakan ujian untuknya.

AirAsia WiFi

Mengikut maklumat awal yang kami terima, ujian AirAsia awal ini terhad kepada penggunaan beberapa aplikasi sosial sahaja – seperti WhatsApp, WeChat, LINE dan sebagainya.

Seperti kebanyakkan penerbangan lain, AirAsia dijangka turut akan mengenakan caj tambahan untuk penggunaan WiFi ketika penerbangan ini. Apa pun, ketika tempoh percubaan pengenalan, perkhidmatan ini dijangka akan ditawarkan secara percuma dengan had kuota yang terhad.

AirAsia WiFi

Perkembangan ini mungkina sesuatu yang menarik – terutamanya bagi anda yang sering mengambil penerbangan dari satu lokasi ke lokasi lain, dan pada masa yang sama kekal berhubung dan mengikuti perkembangan semasa. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai perkara ini tidak lama lagi daripada pihak AirAsia.

Komen