Pameran Pengkomersilan MOSTI 2014 Diadakan di SACC Mall Shah Alam

Pameran Pengkomersilan MOSTI 2014 Diadakan di SACC Mall Shah Alam

Diterbitkan pada Ogos 13, 2014 oleh .

Kementerian Sains Teknologi & Inovasi (MOSTI) dalam memeriahkan dan mengkomersilkan industri sains teknologi dan inovasi pada hari ini telah memulakan Persidangan dan Pengkomersilan MOSTI 2014 di Shah Alam Convention Centre. Pameran yang bermula dari 13 Ogos sehingga 15 Ogos ini berperanan untuk mengetengahkan produk-produk baru serta keupayaan produk penyelidikan kepada umum.

IMG_7012 copy

Pada hari ini juga Menteri Sains, Teknologi & Inovasi YB Datuk Dr Ewon Ebin turut melancarkan Direktori Produk dan Perkhidmatan Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersilan bertujuan untuk menyenaraikan dan memudahkan pencarian keatas produk hasil tempatan. 18 produk baru juga turut dilancarkan pada hari ini dan terdiri daripada pelbagai kategori seperti Teknologi Maklumat dan Perisian, Pertanian, Kimia, Kejuruteraan, Bioteknologi, Perubatan serta Kesihatan dan Alam Sekitar. Selain 18 produk baru tersebut, terdapat 40 produk hasil penyelidikan dan pembangunan telah berjaya dikomersilkan sehingga Julai 2014.

IMG_7015 copy

Pameran ini juga turut menampilkan produk hasil kajian yang menerima dana dari MOSTI serta agensi dibawahnya seperti Technology Park Malaysia, Yayasan Inovasi Malaysia, dan banyak lagi. Seramai 17 tokoh usahawan dan industri yang akan berkongsi tips inovasi dan kreativiti serta 75 pempamer telah mengambil bahagian didalam pameran ini. Tapak pameran khas juga diwujudkan bagi mereka yang ingin mencari maklumat mengenai dana yang disediakan MOSTI serta jabatan dan agensi dibawahnya.

Sekiranya anda seorang yang minat akan sains, teknologi, dan inovasi dan mencari peluang serta produk baru, maka pameran ini seharusnya tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja. Hadirkan diri anda ke Shah Alam Convention Centre dari 13 Ogos sehingga 15 Ogos ini.

Layari:  Pameran Persidangan & Pengkomersilan MOSTI 2014


TIPS & ULASAN