Aplikasi Swarm Daripada Foursquare Sedia Dimuat-Turun Untuk Pengguna Windows Phone 8.1

Aplikasi Swarm Daripada Foursquare Sedia Dimuat-Turun Untuk Pengguna Windows Phone 8.1

Diterbitkan pada Ogos 14, 2014 oleh .

Pihak Foursquare sebelum ini telah sedia berkongsi mengenai perancangan mereka dalam membawakan aplikasi Swarm ke platform Windows Phone. Setelah dua bulan perkenalan aplikasi Swarm pada platform Android dan iOS, aplikasi daftar-masuk daripada Foursquare ini sedia dimuat-turun untuk pengguna Windows Phone 8.1.

Aplikasi Swarm daripada Foursquare memfokuskan kepada fungsi daftar-masuk disamping memudahkan anda melihat lokasi rakan-rakan anda pada lokasi tertentu. Melalui Swarm, anda juga boleh membuat perancangan dan mengajak rakan anda ke sesuatu tempat melalui fungsi ‘planning’ yang ditawarkan.

Swarm Windows Phone

Pihak Foursquare turut berkongsi mengenai kemaskini aplikasi Foursquare yang mana kini lebih memfokuskan kepada carian tempat menarik untuk platform Windows Phone. Pihak mereka berkata, kemaskini untuknya bakal hadir menjelang suku ke-empat tahun ini.

Bagi pengguna Windows Phone 8.1 yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Swarm melalui Windows Phone Store dan mulakan perkongsian lokasi bersama rakan-rakan anda.

Muat-turun: Swarm Untuk Windows Phone 8.1


TIPS & ULASAN