Cari @ Amanz

LINE merupakan salah satu aplikasi permesejan popular di rantau Asia, dan hari ini mereka turut menerbitkan sebuah aplikasi baru untuk iPhone, dinamakan sebagai B612.

B612 merupakan sebuah aplikasi kamera dan memfokuskan kepada rakaman gambar selfie sahaja. Seperti kebanyakkan aplikasi rakaman gambar lain, pengguna turut ditawarkan dengan sehingga 43 jenis penuras gambar berbeza, selain turut memudahkan pengguna membuat gambar berbentuk kolaj dengan mudah menggunakannya.

LINE B612

Sebaik sahaja pengguna selesai membuat penyuntingan pada gambar, pengguna boleh terus berkongsi ke laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan mudah.

Aplikasi ini hanya ditawarkan untuk pengguna iPhone sahaja buat masa ini, dan bakal diperluaskan ke Android tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd