Nando’s Menerbitkan Aplikasi iPhone Untuk Pengguna Malaysia – Menawarkan Ganjaran, Peta Lokasi Dan Menu

Nando’s Menerbitkan Aplikasi iPhone Untuk Pengguna Malaysia – Menawarkan Ganjaran, Peta Lokasi Dan Menu

Diterbitkan pada Ogos 14, 2014 oleh .

Nando’s merupakan salah satu restoran terkemuka di Malaysia yang memfokuskan kepada menu ayam dalam tawaran makanan mereka. Terkini, ia dilihat mereka turut telah menerbitkan sebuah aplikasi khusus untuk pengguna iPhone di Malaysia.

Melalui aplikasi Nando’s MY untuk iPhone, beberapa perkara asas ditawarkan, termasuk kebolehan melihat menu makanan yang ditawarkan, dan juga melihat restoran Nando’s yang berdekatan dengan anda.

Nando's MY iPhone

Menggunakan aplikasi sama juga, pihak Nando’s menawarkan kalkulator pengiraan kalori yang diambil oleh anda dalam usaha mengekalkan kaedah pemakanan yang sihat.

Salah satu perkara yang menjadi penarik pada aplikasi ini adalah Peri-vilege, dimana ia merupakan salah satu bentuk ganjaran daripada pihak Nando’s dalam membuatkan pengguna terus hadir ke restoran mereka, disamping menikmati beberapa makanan percuma menggunakannya.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi Nando’s hari ini di AppStore.

Muat-Turun Aplikasi Nando’s MY untuk iPhone


TIPS & ULASAN