Facebook Menguji Sokongan Sticker Pada Bahagian Komen

Facebook Menguji Sokongan Sticker Pada Bahagian Komen

Diterbitkan pada Ogos 14, 2014 oleh .

Facebook sedia menawarkan kebolehan untuk pengguna menambah gambar pada bahagian komen, dan kini dilihat mereka turut sama mula menguji sokongan sticker pada komen di status dan gambar para pengguna.

Facebook Sticker

Facebook Sticker

Untuk makluman, sokongan sticker sedia ditawarkan di perkhidmatan permesejan mereka, dimana ia hadir dalam beberapa bentuk variasi – membolehkan pengguna memaparkan emosi dan yang berkaitan dengannya dalam bentuk gambar bersaiz besar.

Daripada apa yang dilihat, sokongan ini diuji pada segelintir kecil pengguna sahaja, dan mungkin ia turut akan diperluaskan kepada semua secara berperingkat.

Jadi, apa kata anda berkaitan sokongan sticker pada Facebook ini?


TIPS & ULASAN