Motorola Turut Menjadualkan Acara Khusus Pada 4 September – Peranti Baru Akan Datang?

Motorola Turut Menjadualkan Acara Khusus Pada 4 September – Peranti Baru Akan Datang?

Diterbitkan pada Ogos 14, 2014 oleh .

Motorola 4 September4 September, bersempena dengan acara IFA 2014, pelbagai nama besar menjadualkan acara khusus mereka, dan kini pihak Motorola turut tidak ingin ketinggalan untuknya.

Melalui sebuah laman khusus yang disediakan pihak Motorola, ia dilihat mereka menjadualkan sebuah acara khusus pada tarikh tersebut, dan berkemungkinan akan memperkenalkan beberapa peranti baru – mungkin dari keluarga Moto G, Moto X, Moto 360, dan berkemungkinan sebuah aksesori baru berupa sebuah earpiece.

Jikalau mengikut beberapa ura-ura yang pernah kita dengan sebelum ini, ia dikatakan Motorola sedang dalam pembangunan Moto G2 dan juga Moto X+1 sebelum ini. Mungkinkah kita akan melihat kedua-duanya pada acara berkenaan?


TIPS & ULASAN