Aplikasi HTC Zoe (Beta) Sedia Dimuat-Turun Oleh Beberapa Peranti Android Utama

Aplikasi HTC Zoe (Beta) Sedia Dimuat-Turun Oleh Beberapa Peranti Android Utama

Diterbitkan pada Ogos 15, 2014 oleh .

HTC sebelum ini telah mengatakan akan menawarkan aplikasi Zoe mereka kepada pengguna peranti Android yang lain. Hari ini, perkara tersebut direalisasikan, dan mereka telah pun menerbitkan aplikasi tersebut pada Google PlayStore untuk dimuat-turun oleh semua.

Bagi yang tidak mengenali akan Zoe, ia merupakan salah satu aplikasi daripada HTC yang memudahkan pengguna membuat video berbentuk higlight dengan mudah.

HTC Zoe Beta

Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai koleksi gambar untuk sesuatu acara, anda boleh memilihnya pada aplikasi Zoe ini, dan seterusnya memilih tema yang bersesuaian (untuk efek dan transasi imej serta video). Kemudian anda turut boleh menambah beberapa audio latar untuk menjadikan ia menarik – sebelum dikongsikan bersama-sama rakan yang lain.

Untuk memudahkan perkongsian, pihak HTC turut menyediakan sebuah halaman khusus dinamakan Zoe.com, dimana pelbagai perkongsian diterbitkan pada laman tersebut – sekaligus memperlihatkan ujian pihak HTC dalam menyertai arena sosial.

Buat masa ini, aplikasi ini hanya terhad untuk beberapa peranti yang menggunakan Android 4.4 KitKat sahaja – yang mana meliputi beberapa peranti utama daripada Samsung, selain peranti HTC dan juga Nexus 5.

Pihak HTC turut mengatakan yang mana mereka akan berkongsi maklumat lanjut mengenai perancangan mereka berkaitan HTC Zoe 1.0 dalam beberapa minggu lagi, termasuk perkembangan HTC Creative Labs (pasukan disebalik perisian di HTC).

Muat-Turun HTC Zoe (Beta) di Google Play Store


TIPS & ULASAN