Xiaomi Akan Menawarkan Mi In-Ear Earphones Di Malaysia – Berharga RM50

Xiaomi Akan Menawarkan Mi In-Ear Earphones Di Malaysia – Berharga RM50

Diterbitkan pada Ogos 15, 2014 oleh .

Xiaomi, selain daripada menawarkan telefon pintar, mereka turut mempunyai beberapa peranti dan aksesori lain yang dikeluarkan dibawah jenama mereka. Salah satunya adalah produk memfokuskan audio mereka, yang turut dikenali sebagai Mi Piston 2.

Xiaomi Mi Piston 2

Daripada penyenaraian produk berkenaan di laman rasmi Xiaomi, ia dilihat berharga RM50, dan mungkin akan menjadi pilihan kepada pengemar kualiti audio seluruh negara.

Earphone ini juga direka khusus untuk peranti Android, dimana butang kawalan fizikal yang hadir pada Mi Piston 2 boleh digunakan untuk mengawal beberapa perkara, termasuk untuk memainkan lagu, mahupun mengakses Google Now.

Berdasarkan kepada pelbagai ulasan pengguna seluruh dunia, Mi Piston 2 dilihat menawarkan kualiti audio yang lebih baik berbanding kebanyakkan earphone lain di pasaran.

Jadi, mungkinkah anda mendapatkan Mi Piston 2 ini melalui laman Xiaomi esok?


TIPS & ULASAN