Samsung Mengambil-Alih SmartThings – Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena Rumah-Pintar

Samsung Mengambil-Alih SmartThings – Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena Rumah-Pintar

Diterbitkan pada Ogos 15, 2014 oleh .

Samsung sedia mempunyai beberapa peralatan elektrik dengan sokongan pintar – dimana pengguna boleh mengawalnya menggunakan telefon pintar dari mana-mana lokasi. Kini, dengan persaingan dalam arena tersebut yang semakin meningkat, pihak Samsung hari ini mengumumkan pengambil-alihan SmartThings – salah satu syarikat yang memfokuskan kepada peranti IoT (Internet of Things).

Samsung SmartThings

Desas-desus mengenai perkara ini telah diperkatakan sejak lebih kurang sebulan yang lepas. Samsung dilihat akan mengambil-alih SmartThings, dan membiarkannya beroperasi secara berasingan – tanpa mengabungkan pasukan tersebut dengan pasukan Samsung sedia ada.

SmartThings membangunkan teknologi untuk mengawal peralatan elektrik – termasuk lampu, kunci rumah dan sebagainya dengan menggunakan aplikasi mudah-alih. Sebagai contoh, pengguna sekiranya balik ke kampung, tetapi ingin mengawal lampu dirumah, mereka boleh melakukannya dengan mudah menggunakan telefon pintar mereka.

Samsung dilihat membiarkannya terbuka supaya SmartThings terus boleh hadir dengan teknologi yang baik dan mengintegrasikan ia dengan pelbagai platform sedia-ada, sekaligus memudahkan pengguna menggunakan pada sebarang peranti dengan mudah.

Selain daripada Samsung, beberapa pengeluar lain turut memfokuskan kepada teknologi rumah-pintar, termasuk antaranya adalah Google (melalui Nest), Apple melalui HomeKit, LG, dan Microsoft.


TIPS & ULASAN