Intel Bakal Hadir Dengan Fon Telinga Biometrik – Membolehkan Pengguna Memantau Kadar Denyutan Jantung

Intel Bakal Hadir Dengan Fon Telinga Biometrik – Membolehkan Pengguna Memantau Kadar Denyutan Jantung

Diterbitkan pada Ogos 15, 2014 oleh .

Intel hari ini mengumumkan kerjasama dengan SMS Audio, dalam membangunkan dan memasarkan sebuah fon telinga baru yang mana turut hadir dengan teknologi untuk memantau kadar denyutan jantung – sekaligus menjadikannya amat bersesuaian untuk mereka yang kuat bersenam dan bersukan – serta memfokuskan gaya hidup cergas.

Intel Biosport

Dinamakan sebagai SMS Audio BioSport In-Ear Headphone, ia hadir dengan sebuah sensor terbina yang mana memantau kadar denyutan jantung pengguna ketika bersenam, ketika berehat dan sebagainya.

Ia tidak memerlukan sebarang kuasa bateri tambahan, dan menggunakan ruangan port 3.5mm untuk tujuan kuasa. Memandangkan ia memfokuskan kepada mereka yang aktif bersukan, SMS Audio BioSport In-Ear Headphone turut hadir dengan sokongan kalis air dan peluh. Peranti ini juga boleh sync dengan mudah ke RunKeeper – salah satu aplikasi bersukan yang popular.

Intel mengatakan SMS Audio BioSport In-Ear Headphone akan ditawarkan bermula suku ke-4 2014 ini, dan harganya dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN