Microsoft Mungkin Menjenamakan Semula Internet Explorer Untuk Mengubah Sentimen Pengguna

Microsoft Mungkin Menjenamakan Semula Internet Explorer Untuk Mengubah Sentimen Pengguna

Diterbitkan pada Ogos 16, 2014 oleh .

Internet Explorer merupakan salah satu perisian yang sedia dikenali ramai, dimana hadir sebagai pelayar web terbina pada setiap komputer Windows. Namun, sentimen pengguna terhadapnya dilihat tidak begitu baik terhadapnya sejak daripada Internet Explorer 6.

Microsoft sendiri telah memperkenalkan beberapa kemaskini untuk Internet Explorer, malah yang terkini membawakan beberapa fungsi dengan sokongan web moden. Namun, ia masih tidak mendapat penerimaan tinggi dikalangan pengguna.

Mungkin salah satu perkara yang akan mengubah persepsfi pengguna terhadapnya adalah dengan penjenamaan semula jenama Internet Explorer itu sendiri.

Melalui perbincangan di Reddit, pihak Microsoft mengatakan perkara penjenamaan semula ini sedang dibincangkan secara dalaman, dan beberapa idea sedang dalam perbincangan.

Pihak Microsoft tidak mengeluarkan sebarang komen secara rasmi, tetapi mereka mungkin mempunyai perancangan dan kejutan tersendiri yang mungkin akan dikongsikan oleh mereka pada masa akan datang.

Bagi anda, adakah penjenamaan semula Internet Explorer ini akan memberikan impak positif terhadap pelayar web berkenaan?


TIPS & ULASAN