Cari @ Amanz

BBMBlackBerry telah memperkenalkan BBM dalam bentuk beta untuk para pengguna Windows Phone sebelum ini. Kini, selepas selang beberapa minggu, hari ini pihak BlackBerry memperkenalkan kemaskini, sekaligus membuang tanda beta daripada aplikasi berkenaan.

Pengenalan dan peralihan kepada versi stabil ini dilihat lebih memfokuskan kepada kestabilan dan juga mengatasi pelbagai masalah pepijat yang telah dikenal-pasti sebelum ini. Tiada fungsi baru yang ditambah buat masa ini.

Bagi pengguna Windows Phone, anda boleh menaik-taraf aplikasi BBM di Windows Phone hari ini, dan menggunakan aplikasi yang lebih stabil berbanding fasa beta sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd