Pengguna Lumia 520? Kemaskini Lumia CYAN Kini Tersedia Untuk Anda

Pengguna Lumia 520? Kemaskini Lumia CYAN Kini Tersedia Untuk Anda

Diterbitkan pada Ogos 16, 2014 oleh .

Microsoft telah mula memperkenalkan kemaskini Lumia Cyan secara berperingkat sejak bulan lepas, dan kini ia dilihat para pengguna Nokia Lumia 520 di Malaysia turut telah mula menerima kemaskini terkini tersebut.

Nokia Lumia 520

Melalui Lumia Cyan, pihak Microsoft turut menyertakan sistem operasi terkini mereka, iaitu Windows Phone 8.1. Bersama-sama dengannya, Microsoft membawakan beberapa fungsi menarik, termasuk Action Center untuk melihat notifikasi, papan kekunci WordFlow untuk menaip dengan pantas, serta pelbagai kemaskini yang lain.

Bagi pengguna Nokia Lumia 520 di Malaysia, anda boleh ke halaman Settings > Phone Update hari ini, dan memulakan proses menaik-taraf sistem operasi anda ke Windows Phone 8.1.


TIPS & ULASAN