Xiaomi Memperlihatkan MIUI 6 – Akan Hadir Pada Bulan Oktober Kelak

Xiaomi Memperlihatkan MIUI 6 – Akan Hadir Pada Bulan Oktober Kelak

Diterbitkan pada Ogos 16, 2014 oleh .

Xiaomi hari ini secara rasminya telah memperkenalkan versi terbaru sistem operasi mereka yang berasaskan Android, dinamakan sebagai MIUI 6. Berbanding versi MIUI hari ini, ia dilihat membawakan perubahan dari segi antaramuka untuknya – yang mana kini menggunakan rekaan mendatar yang kian popular dikalangan pengeluar peranti mudah-alih.

MIUI 6

MIUI 6 dilihat memfokuskan kepada beberapa perkara, termasuk sekuriti, selain pengoptimasian dari segi penggunaan RAM dan juga kernel Linux – sekaligus membolehkan sesuatu aplikasi berjalan dengan lebih efisyen.

Dari segi antarmuka, selain rekaan lebih mendatar, pelbagai ikon diberikan kemaskini dan nafas baru. Beberapa kesan animasi baru juga turut disertakan dalam menjadikan MIUI ini menarik.

MIUI 6

MIUI 6

MIUI 6

MIUI 6

MIUI 6

MIUI 6

MIUI 6

Disamping itu, pihak Xiaomi turut menyertakan sokongan untuk swipe dari bawah ke atas untuk mengakses ke beberapa tetapan – lebih kurang seperti pada iPhone, termasuk kesan animasi parallax pada gambar latar. Xiaomi turut menekankan kepada kemudahan merakamkan gambar menggunakan MIUI 6 dengan lebih sokongan gesture untuk mengawal kamera hadapan dan belakang.

MIUI 6 ini dijangka akan hadir kepada pengguna Mi 3 dan Mi 4 pada tahun ini, dan diikuti dengan pengguna peranti Xiaomi lain pada tahun hadapan. Pihak Xiaomi juga turut telah memulakan versi ujian beta, dimana akan diperluaskan secara berperingkat dari hari ke hari.

MIUI 6 turut hadir menyertakan sokongan notifikasi pada lockscreen, mengawal kepentingan sesuatu notifikasi, selain memudahkan pengguna mengakses panel carian dari mana-mana skrin.

MIUI 6

MIUI 6

MIUI 6

MIUI 6


TIPS & ULASAN