Teaser Ringkas Untuk Samsung Galaxy Tab 4 Nook Diterbitkan – Akan Datang Tidak Lama Lagi

Teaser Ringkas Untuk Samsung Galaxy Tab 4 Nook Diterbitkan – Akan Datang Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 17, 2014 oleh .

Samsung dan Barnes & Noble sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dalam hadir dengan sebuah tablet khusus, dan kini melalui saluran YouTube milik Nook, sebuah video teaser untuk Galaxy Tab 4 Nook telah pun diterbitkan.

Samsung dan Barnes & Noble akan memperkenalkan tablet baru ini pada 20 Ogos kelak, dan ia dilihat akan memfokuskan kepada pembacaan. Dari segi rekabentuk, ia masih mengekalkan rekaan lama, dan tidak lagi menggunakan konsep rekaan baru Samsung.

Berkemungkinan besar, tablet ini hanya akan dipasarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja buat masa permulaan ini. Mungkin pihak Samsung dan Nook akan menawarkan beberapa kandungan khusus, disamping menawarkan pengoptimasian pada skrin untuk pembacaan.

Apa pun, sama-sama kita nantikan tarikh 20 Ogos untuk melihat pengumuman rasmi kedua-dua pihak berkenaan tablet baru ini.


TIPS & ULASAN