Cari @ Amanz

Salah satu perkara menarik di arena web adalah penggunaan GIF. Mungkin kadang-kala ada yang tertanya-tanya berkenaan bagaimana anda boleh membuat animasi berbentuk GIF terus daripada video YouTube yang ditonton oleh anda.

Untuk memudahkan perkara ini, salah satu perkhidmatan berasaskan web yang senang untuk digunakan adalah GIFYouTube.

GIF YouTube

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu membuka sebarang video kegemaran anda di YouTube, dan kemudiannya menambah perkataan GIF pada bahagian hadapan URL berkenaan.

GIF YouTubeSeterusnya, ia akan mengambil masa beberapa saat untuk memuatkan video berkenaan pada laman GIFYouTube, sebelum pengguna boleh memilih masa dimana mereka ingin memulakan proses untuk membuat GIF berkenaan.

Untuk memilih latar masa permulaan, anda hanya perlu klik sekali pada video berkenaan (mengikut bila yang anda ingin menjana GIF), dan seterusnya memilih jangka masa untuk sesuatu GIF (seperti selama 5 saat video berkenaan).

GIF YouTube

Sebaik sahaja selesai, pengguna boleh memilih untuk menjana GIF berkenaan, dan ia akan dihasilkan dalam masa beberapa saat melalui perkhidmatan tersebut.

Bagi anda yang gemar membuat GIF, atau ingin membuat GIF berasaskan kepada sesuatu video YouTube, mungkin perkhidmatan ini akan diminati anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd