Cari @ Amanz

Pihak Huawei sebelum ini pernah berkongsi mengenai perancangan mereka untuk rangkaian 5G, dan kini daripada perkongsian pihak kerajaan Jepun, mereka menyasarkan untuk memperkenalkan rangkaian 5G dinegara matahari terbit tersebut menjelang 2020 – sebelum sukan Olimpik di Tokyo.

Rangkaian 5G kelak dikatakan akan menawarkan kelajuan komunikasi 100 kali ganda berbanding LTE pada hari ini. Sebagai contoh, filem yang mengambil masa lebih kurang sejam melalui rangkaian LTE boleh dimuat-turun dalam beberapa saat sahaja menggunakan rangkaian 5G kelak.

Perkara ini juga kelak akan menjadi titik tolak untuk beberapa teknologi, termasuk penggunaan imej pada resolusi tinggi, termasuk penggunaan video 4K dengan lebih meluas.

Perancangan Jepun ini telah pun disertakan dalam belanjawan fiskal tahun 2015 kelak, dan Jepun dijangka akan melengkapkan pelbagai lokasi yang terlibat dengan sukan Olimpik menggunakan teknologi rangkaian 5G ini.

Perancangan kerajaan Jepun juga selari dengan pelbagai pengeluar peralatan rangkaian telekomunikasi, termasuk Huawei yang turut menyasarkan tahun 2020 untuk pengenalannya secara meluas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd