Eksklusif : Senarai Lokasi Pengenalan Awal Perkhidmatan TMgo

Eksklusif : Senarai Lokasi Pengenalan Awal Perkhidmatan TMgo

Diterbitkan pada Ogos 18, 2014 oleh .

Pada pelancaran TMgo sebelum ini, pihak Telekom Malaysia telah mengatakan yang mana mereka akan membangunkan dan memperkenalkan lebih kurang 280 pusat pemancar sekitar Malaysia dalam tempoh enam bulan akan datang. Kini, melalui data awal yang diterima kami, beberapa lokasi awal pengenalan TMgo sekitar Malaysia diketahui.

Seperti tujuan asal TMgo, kebanyakkan lokasi adalah disekitar kawasan yang tidak mempunyai akses internet berkelajuan tinggi, sekaligus memudahkan pengguna di kawasan tersebut menikmati rangkaian LTE daripada Telekom Malaysia.

Lokasi Pengenalan TMgo
No Negeri Lokasi
1 Kedah Kota Setar, Baling, Pendang, Padang Terap, Bandar Baharu, Sik
2 Perak Ulu Perak
3 Selangor Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor
4 Pahang Kuantan, Maran, Bera, Lipis, Bentong, Pekan, Rompin
5 Terengganu Besut, Dungun
6 Kelantan Bachok, Jeli, Machang, Kuala Krai, Tumpat
7 Negeri Sembilan Jempol
8 Melaka Alor Gajah, Melaka Tengah
9 Johor Kota Tinggi, Pontian
10 Sabah Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, Sandakan, Tawau
11 Sarawak Kuching, Sibu, Samarahan, Mukah, Sri Aman

Pihak Telekom Malaysia dijangka akan memperluaskan perkhidmatan TMgo ini secara berperingkat dalam tempoh enam bulan akan datang ini. Pengenalan rasmi di Melaka juga dijangka akan dilakukan tidak lama lagi.

Apa pun, untuk makluman, lokasi ini adalah senarai daripada maklumat tertiris awal, dan berkemungkinan ia akan berubah bergantung kepada pihak Telekom Malaysia. Ia turut diketahui yang mana menara di beberapa lokasi telah sedia aktif pada hari ini, namun masih tidak diumumkan pihak Telekom Malaysia buat masa ini.

Jadi, adakah lokasi anda tersenarai dalam senarai pengenalan awal ini?

Terima kasih kepada yang berkongsi.


TIPS & ULASAN