Harga & Spesifikasi Moto 360 Tertiris Melalui Laman BestBuy

Harga & Spesifikasi Moto 360 Tertiris Melalui Laman BestBuy

Diterbitkan pada Ogos 18, 2014 oleh .

Motorola yang hadir dengan pelbagai peranti pada tahun ini turut akan mengadakan acara khas pada 4 September di Chicago. Mereka dijangka akan mengumumkan beberapa peranti baru seperti Moto G, Moto X, Moto 360 dan berkemungkinan aksesori pendengaran pada tarikh tersebut. Terbaru melalui laman jual beli BestBuy, mereka telah menyenaraikan harga dan spesifikasi Moto 360 pada harga USD 249 (~ RM 784 ) dan telah menarik semula halaman tersebut buat masa ini.

moto-360-bestbuy3

Peranti tersebut akan dikuasakan oleh Android Wear dan sesuai untuk peranti Android yang beroperasi menggunakan versi Android 4.3 keatas. Ia juga hadir dengan sensor pengesan denyutan jantung, skrin sentuh Gorilla Glass 3 yang bersaiz 1.5 inci LCD dan mempunyai RAM sebanyak 512 MB dan kalis air sehingga sedalam 3.3 kaki selama 30 minit.

Apa pendapat anda dengan harganya ?


TIPS & ULASAN