HTC Memperkenalkan Butterfly 2 – 5-inci, Kalis Air, 13MP Duo Camera, BoomSound, Sense 6.0
HTC

HTC Memperkenalkan Butterfly 2 – 5-inci, Kalis Air, 13MP Duo Camera, BoomSound, Sense 6.0

Diterbitkan pada Ogos 19, 2014 oleh .

HTC hari ini secara rasminya memperkenalkan variasi global untuk telefon pintar HTC J Butterfly, dimana seperti generasi sebelum ini, ia masih mengekalkan rekaan ikonik keluarga Butterfly, disamping masih menggunakan skrin bersaiz 5-inci.

Namun, dari segi spesifikasi dan fungsi yang disertakan, Butterfly 2 membawakan pelbagai pembaharuan baru jikalau dibandingkan dengan generasi sebelum ini.

HTC Butterfly 2 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 801 2.5Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan sehingga 128GB dengan mikro-SD, sokongan rangkaian 4G LTE, dan bateri berkapasiti 2700mAh.

Dari segi kamera, ia kini menggunakan kamera 13-megapixel BSIf/2.0 dengan sokongan HTC Duo Camera yang mana membawakan beberapa fungsi tambahan melaluinya termasuk UFocus, rakaman berbentuk 3Dimensi, menambah animasi, dan sebagainya; selain menggunakan kamera hadapan 5-megapixel dengan sokongan rakaman HDR.

HTC Butterfly 2

HTC Butterfly 2

HTC Butterfly 2

HTC Butterfly 2

Peranti ini juga turut membawakan penambah-baikkan dari segi memainkan audio, disamping turut menyertakan fungsi kalis air IP57. Ia bakal ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu merah, biru dan juga putih – dimana putih akan menyertakan sokongan anti-stain untuk mengelakkan ia menjadi kotor dengan mudah.

Buat masa ini, pihak HTC masih belum berkongsi harga pelancarannya, dan bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya. Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN